Saturday, 13 September 2014

TIPS PENJAGAAN DAN KEBERSIHAN KANAK KANAK




Penjagaan kesihatan dan kebersihan kanak kanak jangan dipandang remeh. 
dalam tahap umur mereka.. mereka masih belum kuat atau mempunyai 
sistem imun yang betul2 \kuat untuk menghalang daripada dijangkiti virus
 atau penyakit..

Pentingnya penjagaan kesihatan terutama bab kebersihan adalah menjamin 
kesihatan anak anak kita.. berikut saya kongsikan tips2 penjagaan dan 
kebersihan kanak kanak yang boleh kita praktikkan dan ambil berat : -

1) Sentiasa memakai pakaian yang bersih, kering dan selesa untuk dipakai
2) Mencuci tangan selepas pergi ke tandas dengan sabun
3) Sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Kita kena pastikan
 tangan mereka sentiasa bersih sebelum makan supaya terhindar dari 
keracunan makanan
4) Galakkan anak anak kita tidur awal dan bangun awal pagi. Jika boleh 
halang mereka dari tidur lewat malam. Anak anak boleh jatuh sakit jika 
mereka kurang tidur. 
5) Menggunakan alat permainan yang bersih
6) Pakaikan mereka kasut ketika berada diluar rumah untuk mengelakkan 
dari terluka dan kuman. 
7) Memotong kuku seminggu sekali


Jadi kita sebagai ibu bapa.. kalau boleh jangan sesekali mengabaikan 
tahap kebersihan anak anak kita bagi memastikan kesihatan mereka
terjamin.. 

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno