Tuesday, 9 September 2014

KELEBIHAN ANGGUR

Kelebihan Anggur.





(28) وَعِنَبًا وَقَضْبًا( and grapes and grasses)-surah 'abasa 28

        Anggur merupakan satu daripada buah yang mempunyai keajaiban rasa dan khasiat. 

selain daripada warnanya yang memukau setiap yang melihat,ia juga mempunyai rasa 

yang amat sedap. buah ini turut menjadi amalan Rasulullah kerana khasiatnya yang amat

tinggi membantu menyihatkan tubuh badan.

Tiga jenis warna anggur yang paling digemari ramai iaitu anggur hitam, anggur merah, 
dan anggur hijau dan setiap warna anggur mempunyai khasiat yang berbeza.


                                   
                                                            Anggur hitam

















Ketua Program Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Scottish Crop Research Institute 
(SCRI), Dr Derek Stewart, mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit No.1”.

Hasil penyelidikan oleh Dr Stewart telah menemui bahawa anggur hitam mempunyai 

kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain 
yang telah diuji. 



 Anggur merah

 Anggur merah merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan. Hal ini biasa dikaitkan dengan wanita yang mahukan diri 
sentiasa cantik dan kekal awet muda pada usia yang meningkat.

  Kandungan antioksidan dalam anggur juga mempunyai khasiat sebagai pelindung sel dari 
radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, kanser, dan beberapa penyakit akibat penuaan.Khasiat anggur merah juga di percayai boleh mencegah dan 
membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza.



                                                                  Anggur hijau






















Anggur hijau juga tidak kurang khasiatnya
kepada kita. anggur hijau lebih sinonim dengan di dalam proses menguruskan badan. 
Anggur hijau mempunyai banyak khasiat bagi kesehatan kerana kandungan 
kimia yang berada di dalamnya, salah satu di antaranya adalah flavonoid.
 Flavonoid merupakan senyawa fitokimia yang memberikan warna  pada 
buah anggur. Flavonoid dapat mencegah oksidasi LDL (kolesterol jahat) 
20 kali lebih kuat daripada vitamin E, yang selama ini dikenal sebagai 
antioksidan alami.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno