Panik! Bayi dah lahir, air susu ibu tak keluar. Yang keluar pun
setitik-setitik je. Pulak tu bukan warna susu. Tapi warna kuning
pekat. Normal ke tu? Ke itu tanda susu takde?
Usah risau wahai ibu-ibu sekalian. Jom terus baca nak tahu betul
ke tak susu takde.
Aha, masih ada ibu-ibu muda yang panik bila lepas melahirkan
anak. Panik meneran dah sudah. Sekarang panik nak menyusu
kan anak. Risau kenapa susu sikit sangat yang keluar.Kenyang ke
baby? Cukup ke air susu ibu je?
Meh nak cerita pasal air susu ibu ni. Sebelum melahirkan lagi
susu sudah pun ada dalam payudara ibu. Kolostrom telah pun
dihasilkan sejak ibu hamil empat bulan lagi. Ok, mesti ada yang
tak tahu apa itu kolostrom kan?
Kolostrom adalah cecair yang berwarna kuning pekat, likat dan
tak cair. Inilah cairan emas yang paling diperlukan oleh bayi.Cecair
inilah yang memberikan perlindungan kepada perut bayi. Juga
membantu membina antibodi bayi. Jadi bayi sukar terkena infeksi
virus yang ada.
Kuantiti kolostrum yang sedikit, sudah cukup untuk mengenyang
kan bayi.Kerana perut bayi yang baru lahir adalah sebesar biji guli
sahaja. Selepas 3-4 hari atau seminggu, barulah susu yang be
rwarna putih akan keluar. Jadi ia adalah normal bila kuantiti
sedikit semasa bayi baru dilahirkan.
Ibu tak perlu risau memikirkan susu. Dakap bayi dan susukan
saja.Pelajarilah posisi menyusu dan cara lekapan yang betul.
Ini sangat membantu perjalanan penyusuan ibu-ibu.
Jika ibu tidak menyusukan bayi. Atau memberikan susu formula
sebaik sahaja bayi lahir. Ini akan menyebabkan payudara
mula bengkak. Hormon penyusuan (prolaktin) akan bekerja
sebaik bayi dilahirkan. Samaada ibu menyusukan atau tidak,
badan ibu tetap menghasilkan susu.
Banyak atau tidak air susu ibu bergantung pada ransangan. Jika
bayi hanya diberikan susu ibu, tanpa campuran susu lain, air susu
ibu akan semakin banyak terhasil. Tapi bila bayi diberikan susu
formula, kesannya susu ibu akan mula berkurang.
Bayi yang minum susu formula mudah kenyang. Dan bila
kenyang bayi akan tidur dalam jangka masa yang lama.
Sewaktu itu, tiadalah ransangan yang diterima oleh ibu. Kurang
rangsangan, air susu ibu tak keluar seperti yang sepatutnya.
Berikut adalah tips untuk pastikan air susu ibu kekal banyak:
- Menyusukan pada awal kelahiran.
- 48-72 jam pertama adalah penting bagi menjamin susu yang
- banyak.
- Rooming in dengan bayi, mintalah hospital untuk tidak
- meletakkan bayi di nursery.
- Susukan bayi sekerap mungkin, 2-3 jam sekali.
- Jika bayi tidur, kejutkan bayi untuk menyusu. Bayi
- perlu menyusu kerap untuk mengurangkan risiko penyakit
- kuning. Atau pam susu ketika bayi lena.
- Tak perlu tunggu 2-3 jam. Jika bayi mahu, berikan saja.
- Ibu perlu kekalkan kesihatan. Kerana letih akan
- membuat ibu putus asa nak menyusukan anak.
- Boleh mengambil makanan tambahan, seperti Set
- Penyusuan Shaklee.
Set Penyusuan Shaklee membantu ibu stay alert dan
bertenaga, walaupun terpaksa berjaga di malam hari. Ibu yang
sihat dan positive adalah salah satu faktor kejayaan menyusukan
anak. Manakala ibu yang letih dan mudah stress, akan lebih
mudah mengalah kepada susu formula.
Tiada langkah segera bagi penyusuan susu ibu yang berjaya. Ibu
perlu ada ilmu tentang air susu ibu. Seperti sebab apa air
susu ibu tak keluar dan sebagainya. Lebih baik pergi ke
kelas-kelas persediaan penyusuan susu ibu. Atau paling tak
gunakanlah khidmat Internet dengan sebaiknya untuk cari ilmu.
No comments:
Post a Comment