Sunday, 14 September 2014

Set Menyusu Dan Kurus Shaklee



Sepanjang tempoh mengandung berat badan kita perlu naik sekitar 10kg-15kg. Dan ia

adalah sesuatu perkara yang normal sekiranya kita kelihatan sedikit tembam dari 
sebelum mengandung. Selepas melahirkan selain menyusukan bayi, satu hal yang 
sering difikirkan oleh seseorang wanita adalah untuk menguruskan badan. Ia adalah 
normal, kerana fitrah wanita untuk kelihatan cantik terutama di hadapan suami tercinta.

Kebaikan menyusukan anak dengan susu ibu adalah secara tidak langsung membantu
 ibu untuk menurunkan berat badan sewaktu mengandung dahulu. Hal ini kerana, 
proses menyusukan anak membantu membakar sebanyak 500 kalori setiap hari. 
Walaupun anda menyusukan anak sambil anda tidur!!!

Sebenarnya anda tidak perlu bersungguh-sungguh untuk menahan lapar atau 
mengambil kurang kalori dalam pemakanan harian. Hal ini kerana, diet harian 
adalah penting untuk kestabilan kesihatan anda, untuk kegunaan tenaga harian 
dan juga tenaga untuk menghasilkan susu ibu. Kekurangan makanan sebenarnya 
tidak menjejaskan aktiviti pengeluaran susu badan dan juga kualiti susu badan tetapi 
tubuh anda sedang bertarung dengan kekurangan gizi makanan dan menyebabkan 
anda lemah dan tidak sihat.

Maka lebih baik anda mengamalkan diet yang sihat, lengkap dengan nutrisi 
berbanding menahan lapar dan sakit semata-mata untuk kurus. Apalah gunanya
 berbadan kurus tetapi sering sakit dan tidak bertenaga. Bagaimana juga anda 
ingin menjayakan penyusuan susu ibu selama dua tahun sekurang-kurangnya 
yang memerlukan anda sentiasa cergas dan bertenaga. Ya, menyusukan anak masa
 kini ditambah anda seorang wanita bekerjaya menuntut penggunaan tenaga yang 
bukan sedikit.


Menurunkan berat badan secara beransur-ansur adalah lebih baik kepada sesiapa
sahaja yang ingin menurunkan berat badan termasuk ibu yang menyusukan 
anak. Menggunakan teknik ini, penurunan berat badan lebih berjaya, kekal dan sihat 
tanpa perlu berlapar.

Sebenarnya dengan menggunakan Set Menyusu Shaklee, bukan sahaja 
membantu menyokong keperluan nutrisi harian, membantu meningkatkan 
kesihatan, membantu meransang lebih banyak pengeluaran susu badan, memekatkan 
susu ibu dan sebagainya. Bahkan membantu menurunkan berat badan anda juga tanpa 
anda perlu berlapar. Sebab ituSet Menyusu Shaklee ini ibarat 2 in 1 Set Menyusu
 dan Kurus Shaklee.

8 Kebaikan 2 in 1 Set Menyusu Dan Kurus Shaklee Kepada Ibu dan Bayi

  1. Tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak yang sedang menyusu
  2. Tidak menjejaskan pengeluaran dan kualiti susu badan
  3. Menyokong keperluan nutrisi ibu dan bayi
  4. Membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan
  5. Membekalkan tenaga berpanjangan berjam-jam lamanya
  6. Mencantikkan kulit ibu dan bayi
  7. Meningkatkan memori ibu dan bayi
  8. Ibu dan bayi ceria dan aktif

Apa yang ada dalam Set Menyusu dan Kurus Shaklee

  • Alfalfa Complex - Detoks tubuh dan perut, membuangkan lemak dan melancarkan pembuangan najis, sebagai membantu merangsang pengeluaran susu badan,  memekatkan susu ibu, meningkatkan kesihatan ibu, memperbaiki masalah kewanitaan. 
  • ESP - Membekalkan tenaga berpanjangan, mencantikkan kulit, membantu meransang pengeluaran susu badan, kalorinya tidak terlalu rendah seperti chinch shake dan sesuai diambil untuk ibu yang sedang menyusukan anak, membantu mengurangkan rasa lapar dan berkhasiat
  • Omega Guard - Membakar lemak tanpa menjejaskan penghasilan susu badan, membantu ibu berasa cepat kenyang, membantu meningkatkan memori ibu dan bayi, meningkatkan kesihatan ibu dan bayi.
  • Lecithin - Bertindak memecahkan lemak. Lecithin tidak menjejaskan penyusuan kepada bayi, mengandungi kolina yang baik untuk otak ibu dan bayi






Boleh juga dikatakan set menyusu dan kurus shaklee ini sebagai set menyusu bajet. Ya, 
bajet kerana boleh digunakan untuk dua tujuan iaitu untuk menurukan berat badan dan
 juga membantu memperbanyakkan pengeluaran susu badan yang memenuhi konsep 
"lebih banyak permintaan, lebih banyak pengeluaran".

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno