Wednesday 14 January 2015

dapatkan berat badan ideal



5 CARA UNTUK DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL


1. KEPERLUAN KALORI
Semak keperluan kalori untuk memastikan sama ada terlebih makan atau terkurang makan. Periksa pengambilan kalori harian.
2. BERSUKAN ATAU BERSENAM
Lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya berjalan kaki. Aktiviti senaman perlu dilakukan untuk kesihatan.
3. KAWAL NAFSU MAKAN
Pastikan nafsu makan dikawal. Elakkan makan ketika terlalu lapar dimana akan menyebabkan kita makan secara berlebihan. Makan sikit tapi kerap kali.
4. JANGAN SKIP MAKAN
Jangan sesekali mengamalkan sikap suka skip makan terutama sarapan pagi. Ia sangat penting untuk tenaga sepanjang hari.
5. SUPLEMEN
Dalam apa keadaan sekalipun atau apa cara sekalipun kita menjaga kesihatan pengambilan suplemen sangat penting untuk memastikan berat badan kita berada pada tahap ideal. Boleh cuba pengambilan SET WEIGHT GAIN bagi mereka yang terlalu kurus atau SET PENGURUSAN BERAT BADAN bagi mereka yang mempunyai berat berlebihan.



Sunday 11 January 2015

bestnya cinch shake...tiga2 kita dah rasa..memang best

Cinch Shake










Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24gm protin, 24 jenis vitamin & mineral penting & 6gm serat larut. Protin digunakan utk membina otot & ototlah menaikkan kadar metabolisma & juga membakar kalori. 

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting didalam cinch utk keperluan tubuh kita.

indeks glisemik - 22; sesuai utk pengidap kencing manis.
dengan cinch pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dgn leucine - asid amino.
powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
24gm protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas & kenyang.
tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan.
glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal & mengekalkan tenaga.
memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin & mineral penting.
penggunaan soya bebas GMO.
tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

Sesuai untuk:-
♡mereka yang ingin menambah berat badan.
♡mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

BAKAR KALORI

[Bakar Kalori]




Hari makan sedunia. Hihi. Dari pagi sampai malam makan je. Daku tak risau naik penimbang. Berat pasti maintain je. Tuh yang best. Alhamdulillah.

Kalori terbakar walau duduk rumah je. Takde masa nak jogging ke bersenam ke berlari ke. Basuh baju pun kalori terbakar, sidai baju pun kalori terbakar, basuh pinggan mangkuk pun kalori terbakar. Duduk pun kalori terbakar tau. Hihi.

Air masak jangan lupa minum secukupnya. Penting untuk sistem perkumuhan kita.


SIHAT LUAR DAN DALAM
SAZLIYANA AZMI
0142999941
http://mummylyana-nutrisisemulajadi.blogspot.com






Kepentingan Menjaga Kesihatan & Kebersihan Diri

 Kepentingan Menjaga Kesihatan & Kebersihan Diri 

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri


Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan.   Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.  Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,  kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka.   Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.   Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.  Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan.   Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.  Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.  Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

     
Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang.



Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.  

Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi.  

Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.

Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.

  • MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
  • 1. KEBERSIHAN DIRI• 
  • Bermaksud – Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.
  • 2. Remaja perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan diri.
  • 3. Kebersihan diri penting bagi meningkatkan penampilan agar mudah didekati oleh rakan-rakan.
  • 4. Amalan ini juga dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit.
  • 5. Amalan menjaga kebersihan diri:
  • . Gunakan tuala wanita yang bersih semasa kedatangan haid.
• Amalkan menanda pada kelandar tarikh bermula dan berhenti haid agar kita sentiasa bersedia. 
• Mandi dan cuci rambut supaya badan dan rambut bersih, tidak berbau dan berasa segar.
• Pakai pakaian dalam yang bersih dan kering bagi mengelakkanpenyakit kulit.
• Elakkan berkongsi pakaian, tuala dan sikat bagi menghindar penyakit kulit dan kuku.

  • 6. Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri
  • • Terhindar daripada penyakit 
  • • Displin diri
  • • Mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit
  • • Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran
  • • Menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat


5 Tips Yang Mempengarusi Kecantikan Dan Kesihatan Wanita

Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:




1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.
© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno