Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3liter sehari 
dapat mengembalikan keremajaan kulit anda dan nampak muda kembali? 
Satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita yang sebelum ini 
menderima sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman dan dia telah 
meminta nasihat daripada pakar neurologi tentang sakit kepala dan kaedah 
pemakanan untuk memulihkan masalah pencernaannyya, dan mereka memberitahu 
dia perlu minum sehingga tiga liter cecair sehari supaya badannya berfungsi dengan
baik. Seorang wanita, Sarah Smith telah membuat eksperimen ini dan seperti yang 
anda lihat diatas, perubahan wajahnya selepas sebulan mengambil air kosong 
sebanyak 3liter sehari selama sebulan.


Minggu Pertama
Tips supaya anda tidak bosan minum air sebanyak 3liter sehari adalah membahagi-bahagikan 
air kepada 3 pecahan iaitu diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda akan 
merasa perbezaan dalam proses pembuangan air kecil kerana ia akan bertambah daripada 
normal ( 3 kali sehari ) kepada 5-6 kali sehari. Wajah pula akan mula keluar jerawat dan itu 
mungkin toksin yang telah keluar dari dalam wajah anda. Air kencing pula akan mula 
bertukar kepada lebih cair dan tidak berwarna kuning gelap. Minum banyak air juga
 membantu melancarkan pergerakan badan anda terutamanya di bahagian sendi.
Minggu Kedua
Anda akan melihat perbezaan ketara pada kulit wajah anda dimana strukturnya bertambah 
baik dan tona kulit sekata. Selain itu juga kedutan di bawah mata perlahan-lahan akan hilang.
Selain itu juga, bau mulut akan berkurangan dan lidah tidak kotor/putih seperti sebelum 
anda amalkan minum air kosong ini.Oleh kerana anda mengambil air kosong dengan banyak, 
maka selera makan anda pasti berkurangan kerana perut telah diisi, akan tetapi anda 
mempunyai masalah kerana akan tetap membuang air kecil dengan kerap.
Minggu Ketiga
Lingkaran gelap dan kedutan di bawah mata telah hampir hilang, dan kulit kelihatan lebih anjal 
dan berseri dan lebih subur. Ini adalah kerana air membantu sel kulit wajah menjana semula 
dengan lebih cekap. Struktur kulit bertambah baik dan nada kulit lebih sekata dari sebelumnya. 
Selain itu juga, minuman air dengan banyak boleh membuatkan kita lebih tumpu dan fokus 
dalam pekerjaan kita. Dehidrasi boleh mengurangkan keupayaan kita untuk menumpukan 
perhatian serta prestasi kognitif kita. ‘
Minggu Keempat
Anda akan dapat melihat perubahan ketara berbanding minggu pertama. ( Anda perlu 
mengambil gambar sebelum mengamalkan petua ini untuk melihat perubahan anda). Pastikan 
pengambilan makanan juga baik dan tidak terlalu berminyak kerana ini mungkin melambatkan
 proses perubahan kulit wajah anda.