Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang
tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai
juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang
berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana
tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan
yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang
teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,
“ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar
dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi
usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan
atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu
lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau
tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara
yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya,
manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai
kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu
diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam
hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang
itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan
sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan
ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya
dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek
pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia
lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingan
nya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan
seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan
yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah
sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah
pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil
langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan
untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai
penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam
diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit,
termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah
tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah
makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit
berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan
risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun,
bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana
kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat,
kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar
dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa
lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan
pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)
mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung
dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan
risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap
penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10
hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu
(3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah
tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko
terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau
dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran
hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika
hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih,
gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini
sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,karbohidrat,
gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya
yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai
bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur
dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk
penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh
yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2
liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada
paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurang
nya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada
minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan
20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh
itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
- Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
- Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
- (contoh: kulit ayam).
- Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin,
- mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
- Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,
- menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
- menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori
tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan
makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian
dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko
kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan
dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan
ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah
kulit (edema).