Sunday 25 May 2014

Panduan kekalkan kulit segar dan cantik



Kebanyakan orang memberikan penjagaan yang berat sebelah kepada kulit iaitu organ perlindungan terbesar bagi kita. Kecantikan seseorang tidak tertumpu kepada kulit wajah yang mulus saja, tetapi kesihatan kulit badan secara keseluruhan termasuklah di kaki.

Ramai sanggup berhabis membeli set penjagaan kulit muka. Tetapi tahukah anda sebenarnya kulit kita secara umumnya memerlukan lima perkara untuk kekal sihat dan cantik seperti yang digariskan oleh Pakar Dermatologi di Louisiana, Dr Patricia Farris iaitu:

* Antioksidan

Kegunaan antioksidan dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular (jantung) dan pencegahan kanser sudah lama diketahui. Ia ditemui dalam banyak makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan minyak. Antioksidan melawan kesan radikal bebas yang memusnahkan molekul dan akhirnya merosakkan sel yang sihat. Antioksidan bukan saja bagus untuk kulit bahkan ia memberi manfaat kepada setiap sel di dalam badan.

Ada banyak jenis antioksidan yang berguna kepada kulit, tetapi dua yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C dan E. Vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit jadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Manakala vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung.

* Perlindungan daripada cahaya matahari

Apabila menggunakan krim tabir suria, kita bukan saja melindungi diri daripada penyakit seperti kanser kulit malah mencegah daripada tanda penuaan sebelum waktunya akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi gelap, cepat berkedut dan kurang elastik berbanding bahagian kulit yang terlindung daripada selaran sinar ultra lembayung.

Kita boleh melindungi kulit dengan menyapukan krim pelindung suria (yang mempunyai SPF melebihi 15 dan perlu disapu 20 minit sebelum keluar rumah) atau memakai baju lengan panjang, topi atau payung.

* Asid lemak asas (EFA)

Asid lemak asas adalah komponen penting dalam diet sihat. Ia membantu membina membran sel untuk mengekalkan kandungan air dan nutrien dalam badan. Asid lemak ini juga membentuk lapisan minyak yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat kesan sinar ultra lembayung dan pencemaran.

Tanpa asid lemak asas ini, membran sel pada kulit tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai pelindung dengan baik. Akibatnya kulit akan mengalami kekurangan air dan mudah menghasilkan sebum yang tidak dikehendaki, akhirnya menyebabkan kulit kering, mudah alami keradangan dan noda.

Sumber asid lemak asas ialah ikan air sejuk seperti salmon dan sardin, minyak kesumba (safflower) dan falxseed, kacang buncis, walnut dan bayam. Anda boleh mengambil makanan tambahan omega-3 untuk memperbaiki kesihatan kulit.

* Air

Dianggarkan 55 hingga 75 peratus daripada badan manusia terdiri daripada air. Air menyingkirkan toksin daripada badan, membolehkan sel menyerap nutrien dan melancarkan sistem pencernaan. Mungkin ramai tidak sedar badan kita kehilangan air setiap masa melalui pernafasan dan perpeluhan. Jadi untuk memastikan sistem badan berjalan lancar, kita perlu minum banyak air setiap hari.

Kulit juga memerlukan air untuk membuang semua bahan yang boleh mencemarkan kesihatannya dan boleh menyebabkan masalah seperti jerawat. Kulit yang cukup air kelihatan segar, licin dan sihat.

* Pembersihan
Inilah adalah perkara asas dalam rutin penjagaan kulit. Ia bukan saja menghilangkan kekotoran, pencemaran dan minyak yang membuatkan pori tersumbat, tetapi turut menyediakan kulit menyerap dengan baik bahan aktif daripada produk penjagaan yang kita gunakan.

Bukan semua pencuci adalah sama, sebaiknya carilah pencuci yang bebas sabun. Sabun yang anda gunakan untuk kulit badan tidak sesuai untuk membersihkan kulit muka kerana ia terlalu `kuat'. Pilih pencuci yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Apapun jenis pembersih yang anda gunakan, urutkan ia pada muka selama 20 saat supaya ia berpeluang melakukan tugasnya membersihkan wajah anda.


Saturday 24 May 2014

Tip elak dehidrasi dan kekeringan kulit

                                                                                       <3 <3 <3 <3 <3

1. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.

Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

2. Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

4. Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

5. Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

6. Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

7. Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

8. Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.

Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Friday 23 May 2014

Masalah Jerawat Disebabkan Faktor Hormon:

    Masalah Jerawat :Bantu Remaja Atasinya






Masalah jerawat merupakan satu masalah besar bagi setiap remaja yang mencapai umur akil baligh, tambah-tambah lagi bagi remaja perempuan. Ada yang bernasib baik, jerawat hanya tumbuh sebulan sekali sekitar waktu menstruasi atau haid. Ada juga yang jerawatnya sentiasa ada tetapi terkawal, tetapi ada juga yang ditumbuhi jerawat yang teruk sepanjang masa. Masalah jerawat yang teruk ini bukan sahaja memberi kesan pada penampilan, tetapi juga boleh merendahkan keyakinan diri anak remaja. Mereka mungkin jadi tidak suka bergaul, tidak suka ke hadapan khalayak kerana berasa diri mereka tidak ada daya penarik atau malu dengan wajah yang berjerawat. Jadi, sebagai ibu bapa atau kakak abang, jangan pandang masalah ini sebelah mata. Jika parut jerawat ini kekal hingga dewasa, bagaimana? Jadi bantulah mereka.

Apabila dilanda masalah kulit wajah, lazimnya remaja akan mencari rangkaian penjagaan wajah. Kalau di zaman saya dulu, pencuci muka menjadi benda penting untuk dimiliki. Macam-macam jenama yang diiklankan di tv semuanya rasa nak dicuba, tergoda dengan model iklan yang berkulit licin dan mulus. Hakikatnya, masalah jerawat yang mengganggu para remaja bukanlah semata-mata disebabkan faktor penjagaan wajah. Malah faktor utamanya adalah ketidakseimbangan hormon akibat perubahan usia dan memasuki usia matang. Pada waktu ini, hampir semua remaja melalui memasuki usia baligh. Oleh itu, menjaga muka dengan rutin mencuci sahaja tidak mencukupi. Memang, rutin penjagaan wajah itu penting supaya kebersihan dan kelembapan kulit terpelihara sekaligus membantu mengelakkan sebum menyumbat pori-pori lalu menyebabkan jerawat timbul. Namun, penjagaan dalaman juga hampir sama pentingnya.

BAGAIMANA MENGATASI JERAWAT MELALUI FAKTOR DALAMAN

Gamma Linolenik Asid (GLA) Shaklee yang dihasilkan daripada minyak borage merupakan suplemen yang patut dicuba oleh mereka yang mengalami masalah jerawat ini. GLA bertindak membentuk protaglandin yang menyeimbangkan hormon lelaki dan wanita dalam tubuh, sekaligus membantu mengelakkan masalah kulit seperti jerawat, ekzema, alergi, kurap dan lain-lain. Selain itu, GLA juga membantu mengatasi masalah senggugut, Premenstrual Syndrom (PMS), mood swing, sakit payudara dan retensi air yang sering mengganggu remaja perempuan. GLA juga memperbaiki tekstur rambut dan mengatasi masalah rambut gugur.

BEZA GLA DAN EVENING PRIMROSE OIL (EPO)

Kebanyakan GLA yang tersedia di pasaran dihasilkan daripada EPO, manakala GLA Shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih dari 2kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabality dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailailitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

SUPLEMEN UNTUK REMAJA LELAKI

Jika GLA merupakan sahabat baik wanita (lelaki tetap boleh ambil GLA), remaja lelaki pula boleh diperkenalkan dengan Vita-E Complex dan Zinc Complex yang sangat bermanfaat untuk kesihatan lelaki. sekaligus menggalakkan kesihatan kulit. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan zinc yang konsisten membantu memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat. Zinc juga merupakan suatu khazanah lelaki. Zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius akan mengakibatkan masalah kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual dan keguguran rambut.

DETOKSIFIKASI MEMBANTU KESIHATAN KULIT

Selain masalah hormon, badan yang bertoksin juga menjadi punca masalah kulit. Ramai remaja tidak menjaga pemakanan mereka secara serius dan suka pada makanan rapu. ALFALFA merupakan satu suplemen yang punya pelbagai khasiat dan merupakan ejen detoks yang baik. Alfalfa merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin daripada tubuh, membersihkan hati, kolon, darah dan mencatikkan kulit dan otot. Alfalfa juga memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan kulat pada kulit. Alfalfa juga baik untuk kesihatan bahagian intim wanita dan mengelakkan masalah keputihan yang merungsingkan wanita terutama wanita.

MELAWAN TEKANAN

Jiwa remaja biasanya penuh dengan tekanan dan pemberontakan. Tekanan ini biasanya menjejaskan keseimbangan hormon, mengkusamkan kulit, menghilangkan seri wajah, menaikkan tekanan darah dan boleh juga menyebabkan ketagihan gula dan makanan tinggi karbohidrat. B-COMPLEX iaitu gabungan vitamin B yang lengkap adalah vitamin yang paling ideal untuk mengatasi tekanan. Dengan pengambilan B-Complex secara konsisten, seseorang itu akan lebih bertenaga, kesihatan sistem saraf terpelihara, meredakan sakit kepala, mengelakkan kemurungan, rambut tidak mudah gugur, gejala PMS senggugut terkawal serta mencegah daripada anemia.

TERLALU BANYAK SUPLEMEN UNTUK DIAMBIL?

Walaupun kelihatan banyak, tetapi gabungan vitamin-vitamin ini membantu mengatasi masalah dalaman dan menggalakkan kesihatan fizikal dan emosi. Jika anda tidak mahu ambil semua, cukup sekadar anda ambil suplemen utama mengikut fungsi-fungsinya. Sekiranya bajet anda terhad tetapi anda mahukan kesemuanya, jangan segan untuk hubungi kami dan kami akan cuba berikan anda penyelesaiannya.

KECANTIKAN DAN KESIHATAN


TIGA PERKARA KITA PERLU AMBIL BERAT


Wanita dijadikan secara fitrahnya sukakan kecantikan dan ingin tampil cantik selalu. Tidak mengira umur, dari kecil lagi kanak-kanak perempuan sudah minat kepada kecantikan, apatah lagi bila meningkat remaja. Bagi yang menghampiri angkan 30 dan seterusnya...wanita cukup risau jika mereka sudah tidak lagi cantik.

Demi mencapai maksud cantik yang sebenarnya sangat subjektif ini, ramai yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak malah melakukan pelbagai rawatan sama ada tradisional mahupun yang modern. Ramai juga yang rajin mencuba pelbagai krim dan set penjagaan wajah yang dijual di pasaran.

Hakikatnya, kecantikan itu bukan semata-mata datang dari luaran malah terpancar dari dalam. Apa yang kita makan akan terbias di wajah kita. Begitu juga apa yang kita amalkan, baik amalan rohani mahupun amalan fizikal. Untuk itu, bagi mencapai maksud CANTIK, ada TIGA perkara yang perlu diambil berat:

SPIRITUAL - MAKANAN - FIZIKAL

SPIRITUAL

Kesihatan secara umumnya datang daripada hati dan jiwa yang tenang. Hati dan jiwa yang tenang memancarkan seri dan cahaya pada wajah. Pernah tak kita lihat orang yang rupanya biasa-biasa saja, kulitnya pun tidaklah licin dan putih melepak tetapi bila kita pandang wajahnya rasa sejuk saja, rasa tenang saja. Itulah kecantikan dalaman yang terpancar ke luaran. Untuk mendapatkan kecantikan dalaman itu, spiritual kita perlu kuat, tidak gelisah, tidak takut selain daripada Pencipta. Selain itu untuk yang beragama Islam, hati perlu diikat kepada Pencipta dengan amalan-amalan rohani seperti solat, puasa, membaca Al-Qur'an, zikir, selawat dan sedekah.

Dalam satu hadith riwayat Safiyyah r.ha. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MAKANAN

Sumber kecantikan yang seterusnya ialah makanan atau apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita untuk diproses oleh badan. Kerana itulah timbul ungkapan "You are what you eat". Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat sangat penting untuk memastikan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat pula memastikan penampilan yang menarik; kulit yang cantik, bentuk tubuh yang menarik. Andai kita mengambil ringan soal serat dalam pemakanan harian, kita mungkin akan mengalami masalah penghadaman dan sembelit. Masalah ini boleh membawa kepada masalah-masalah yang lain misalnya masalah bau badan dan juga masalah kulit. Begitulah juga dalam proses-proses lain yang berlaku dalam tubuh kita, misalnya kesihatan tulang, kesihatan mata, kesihatan rambut dan sebagainya.

Oleh itu, di samping menjaga pemakanan seperti mengelakkan pengambilan lemak dan gula yang berlebihan dan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sajian, pemakanan tambahan juga turut membantu. Apa yang penting, kita tahu apa makanan tambahan yang tubuh kita perlukan dan sejauh mana makanan tambahan tersebut baik untuk tubuh kita.

Saya memilih Shaklee sebagai makanan tambahan saya kerana saya yakin dengan produk Shaklee yang semulajadi, berkesan dan selamat. Selain itu, dengan Shaklee saya boleh memilih apa yang saya perlu sahaja. Shaklee juga lengkap dengan produk luaran dan dalaman.

INGIN SERLAH KECANTIKAN DALAMAN DENGAN SHAKLEE?

Set Vitamin Kecantikan

# B-Complex
# Vita-C 
# Vita- E Complex
# Garlic Complex [add-on]
# Carotomax [add on]
# Soy Protein Isolate Powder (ESP) [add-on]
# GLA Complex [add on]

Banyaknya????

Seperti yang saya katakan di atas tadi, kita harus tau apa makanan tambahan yang paling sesuai untuk kita. 3 jenis vitamin yang pertama itu iaitu B-Complex, Vita-C dan Vita-E adalah komponen utamanya, tetapi jika anda inginkan hasil yang lebih memberangsangkan, anda boleh add-on mana-mana vitamin dalam senarai tersebut.

Senarai vitamin di atas ialah vitamin yang membantu kulit anda jadi lebih berseri dari dalam. Kulit akan turut terkesan jika anda stres dan vitamin B sangat baik untuk menangani masalah ini. Dengan bantuan vitamin A (Carotomax) dan Vitamin E, Vitamin C dapat mencegah radikal bebas yang menyebabkan penuaan cepat berlaku. Vitamin C sangat penting untuk memulihkan kulit. Vita-E Complex pula merupakan anti oksidan yang kuat untuk menentang radikal bebas seperti sinaran uv, asap dan habuk. Garlic Complex pula adalah ejen detox yang sangat baik untuk membuang segala toksik yang terkumpul di dalam badan, malah garlic atau bawang putih dikatakan rahsia orang Korea mempunyai kulit yang cantik. Carotomax (vitamin A yang selamat) membantu masalah kulit kering dan berjerawat. ESP pula merupakan sumber protein lengkap, yang juga menjana keanjalan kulit malah mengurangkan parut jerawat dan jeragat. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit disebabkan hormon, GLA Complex adalah jawapannya. 

FIZIKAL

Ini adalah hakikat yang ramai orang kurang suka. Untuk sihat dan cantik, aktiviti fizikal harus dilakukan. Tujuannya supaya kalori kita dibakar, otot dan sendi kita lebih lentur, organ dalaman kita lebih sihat, peredaran darah lebih baik dan toksin juga dapat dinyahkan daripada tubuh.

Sebenarnya aktiviti fizikal bukanlah perkara yang susah untuk dilakukan, cuma kita tidak dibiasakan dan tidak dijadikan cara hidup. Sebab itulah kita rasa berat walaupun sekadar meluangkan masa selama 20 minit 3 kali seminggu untuk aktiviti bermanfaat ini. Pilihlah aktiviti yang anda suka dan gembira bila lakukannya, jadi anda tidak rasa tertekan. Kalau anda sukakan air, boleh pilih riadah di kolam renang. Kalau anda suka basikal dan aktiviti luar bolehlah berbasikal atau jogging. Kalau anda suka aerobik, anda boleh pilih untuk mengikut kelas atau ikut dvd. Latihan beban pula boleh anda lakukan di gymnasium atau beli alatan sendiri. Pilates, juga sesuai untuk anda yang tidak suka aktiviti lasak. Suka menari? Anda ada zumba untuk mengeluarkan peluh sambil bergembira. Lagi...apa ye. Tidak semestinya bersenam, anda juga boleh berkebun, mencuci kereta atau membersihkan sekitar kawasan rumah. Walau apapun aktiviti pilihan anda, lakukannya dengan betul dan tidak sampai mencederakan tubuh.

SHAKLEE JUGA ADA SET KECANTIKAN LUARAN

Set Penjagaan Wajah Shaklee

Nutri White




Enfuselle


Ini adalah rangkaian penjagaan wajah Shaklee, dengan kualiti yang setanding jenama antarabangsa. Anda boleh pilih set penjagaan wajah Nutri White atau Enfuselle. Oh ye, Shaklee juga ada krim serbaguna untuk kesihatan kulit secara umum.

Herbal Blend


vitamin di bulan puasa untuk kekal bertenaga


Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan.Cepat betul masa berlalu. Macammane persiapan puasa?Dah ganti puasa ke belum?Di sini saya akan berkongsi entri cadangan suplemen yang boleh memberikan tenaga yang berkekalan sepanjang puasa: 



kepentingan dan kebaikan vitamin di bulan puasa



Cadangan suplemen seperti gambar di atas NutriFeronPerformance DrinkEnergizing Soy ProteinAlfalfa Complex,Vita-Lea,B-Complex,Chewable Vita-C adalah amat sesuai diambil pada bulan Ramadhan malah sesuai juga diambil oleh ibu menyusu.

Panduan makan suplemen yang dicadangkan oleh Shaklee di bulan puasa:

Waktu berbuka puasa - Tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih
  • Berbuka dimulai  dengan kurma lebih afdal
  • Segelas ESP Energizing Soy Protein yang dicampur dengan Performance Drink
  • Ambil Alfafa untuk proses detokfikasi
Sebelum tidur - untuk meningkatkan sistem imun badan bagi mengelakkan penyakit biasa seperti batuk,demam dan selsema.
  • Segelas ESP Energizing Soy Protein
  • Ambil bersama Vitamin lain seperti  Vitalea,B-Complex,Chewable Vita-C serta Nutriferon
  • Banyakkan minum air
Waktu sahur - Kekal bertenaga pada siang hari
  • Segelas ESP Energizing Soy Protien yang dicampur dengan Performance Drink
  • Jangan lupa Alfalfa untuk proses detokfikasi


SELAMAT BERPUASA dan kekal sihat bertenaga daripada Shaklee.Moga lebih jelita dan langsing,tampan di Hari Raya.

Jadi anda bagaimana? Ingin mencuba..

Berminat boleh hubungi:

Makan Vitamin masih tak berkesan-Kenapa Ya?

Kenapa  makan vitamin tak ada apa-apa kesan ye....Mari kita kita selidik dan samaada anda dah ikut guide pengambilan vitamin.. 


  • Kurang minum air putih. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan.
  • Makan Vitamin secara banyak pada satu masa. Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan.

  •  Vitamin yang tidak boleh diambil serentak:
  1.  Vita-Lea dan Alfafa tidak boleh diambil serentak dengan Vitamin E,GLA,Ostematrix ataupun dairy produk yang lain.
  2. Vita-Lea  tidak boleh diambil serentak dengan air susu.Ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea.
  3. Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa kerana Alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan Vitamin E.
  4. Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  5. Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan GLA Complex kerana ia boleh ganggu penyerapan nutrisi kedua-duanya.
  6. Zink perlu diambil sebelum waktu makan.Ini kerana dalam proses pencernaan yang normal, zink akan dimusnahkan,dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Pengambilan Zink selepas makan (terutamanya roti dan susu) akan menurunkan potensi zink sehingga 1mg untuk setiap 15mg zinc yang anda telan.






  • Pengambilan Kafein. pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.
  • Pengambilan Vitamin bersama ubat. Bagi anda yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil  vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.
  • Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak nak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.

      Kepentingan Vitamin dan Suplemen


      Jenis-Jenis Vitamin dan Fungsi


      Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Mari kita lihat Jenis-jenis vitamin dan fungsinya.


      Suplemen


      Jenis vitaminFungsi
      Larut dalam lemak :
      Vitamin A
      Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
      Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
      Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
      Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
      Larut dalam air:
      Vitamin C
      Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
      Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


      Persoalan apa yang akan terjadi sekiranya tidak mengambil suplemen?
      Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.



      Setakat ini saje info yang dapat saya sharing untuk hari ini. Sekian dan selamat malam. ;)

      Kepentingan pengambilan suplemen kepada tubuh badan

      Kepentingan pengambilan suplemen kepada tubuh badan



      Kenapa kita perlu ambil suplemen



      Perlukah kita ambil suplemen? Mesti ada yang akan jawab.YA atau TIDAK.dan mesti yang akan tanya Kenapa kita perlu ambil suplemen?Tak cukupkah makanan yang kita ambil?
      Mari kita baca Kenapa Kita perlu ambil suplemen?

      1. Sebab kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar.
      Kesan daripada pencemaran udara akan mengganggu sistem pernafasan manusia. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindakbalas manusia .Sehinggalah menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
      2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
      Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif seperti Vitamin C bagus untuk kulit dan Vitamin E untuk anti penuaan.

      3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas
      Penggunaan racun perosak, racun serangga  akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggunaan racun serangga berpotensi membahayakan kesihatan seperti sakit kepala,loya,sakit dada,muntah,ruam,sakit otot,cirit birit dan pandangan mata yang kabur.

      4. Amalkan gaya hidup yang tidak sihat
      Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok,kurang bersenam,tidak mengamalkan diet yang seimbang,makan lewat malam ,kurang rehat dan tidur akan mengundang pelbagai penyakit sepertipenyakit jantung dan strok.Tekanan di tempat kerja, balik lewat malam akan membawa kemusnahan Vitamin B dan C. 

      5. Makan mengikut selera rasa
      Sebut saja Fast Food, semua orang tahu jenis makanan apa yang dimaksudkan.Boleh dikatakan ia berjaya mengubah selera masyarakat Malaysia.Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan kita terutama kanak-kanak.

      6. Gangguan penyerapan nutrisi dalam badan
      Pengambilan pil penahan sakit,ubat-ubatan,alkohol akan mengganggu penyerapan zat makanan.Tahukah Kafein juga boleh menghalang penyerapan Vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh?. Ia juga boleh mengganggu penyerapan beberapa nutrien dam tubuh.

      7. Kehilangan Nutrien
      Tahukah kita bahawa cara memasak,menggoreng terlalu lama,memotong,menyimpan bahan mentah terlalu lama di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kehilangan nutrien?.Jadi apa yang tinggal lagi untuk kita...




      Oklah ..itu dia 7 sebab kenapa kita perlukan suplemen. Jadi renung-renungkanlah..
      Saya memilih Shaklee kerana sudah berada lebih 50 tahun dalam pasaran suplemen.

      Anda bagaimana pula?




















      Wednesday 21 May 2014

      PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

      ❀❀❀~ PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA ~❀❀❀

      1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
      2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
      3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
      4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
      5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
      6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
      7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
      8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
      9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
      10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
      11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
      12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
      13. Amalkan solat tahajud.
      14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
      15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
      16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

      ❀❀❀❀❀❀❀❀❀~~~~❀❀❀❀❀❀❀❀❀~~~❀❀❀❀❀❀❀❀❀

      "Kecantikan adalah anugerah, Senyuman adalah sedekah.."

      SET SHAKLEE UNTUK PENJAGAAN RUMAH


      <3 RAHSIA PENJAGAAN KEBERSIHAN RUMAHKU <3


      Selain dari supplement dan product kesihatan, Shaklee juga menitikberatkan soal kebersihan luaran.
      Shaklee telah menghasilkan satu set GET CLEAN CONCENTRATE SET yang sememangnya:

      • Natural
      • Biodegradable
      • Concentrated
      • Hypoallergenic
      • No phosphates
      • No chlorine

      SET KEDIAMAN SHAKLEE





      Dengan rangkaian set penjagaan rumah ini, Shaklee bukan sahaja SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM bahkan lebih dari itu, Shaklee menJIMATkan wang kita. Apakah persamaan keempat-empat produk ini? Kalau anda perasan, keempat-empat ini ada perkataan ''concentrate". Perkataan concentrate ini menunjukkan kepekatan dan hanya sedikit sahaja digunakan untuk setiap penggunaan. Bukan seperti produk yang ada di pasaraya kini, walaupun botol besar tapi penggunaannya juga besar sebab ianya cair.

      Saya sedia maklum, kebanyakan para isteri dan ibu yang membasuh pakaian atau pinggan mangkuk, tidak selesa dengan tiada buih. Sedangkan buih hanyalah penyeri cucian. Bila tiada buih, keinginan untuk memasukkan serbuk pencuci dengan lebih banyak adalah tinggi. Cuba anda kira sendiri, dalam sebulan berapa botol pencuci pinggan anda beli + berapa kilo sabun cuci anda beli = RMxxx saya percaya dalam sebulan, bajet untuk cucian sahaja mencecah seratus atau seratus lima puluh. Itu baru sebulan. Bagaimana pula dengan 3 bulan? 
      Pastinya mencecah RM500! kan. Disini lah pentingnya Set Penjagaan Rumah dari Shaklee ini. Tidak dinafikan harga keempat-empat produk ini mencecah RM200 namun penggunaan nya adalah untuk 5 bulan!! Harga nya yang mahal dari yang lain, disebabkan:-

      1) Kepekatan setiap produk ini memungkinkan penggunaan yang lama;
      2) Penggunaannya sehingga 182liter (48 gallon) ;
      3) Kesan yang lebih berkesan seperti menghilangkan gris dan minyak degil;
      4) Keharuman dan kesegaran sekeliling rumah disamping selamat dari bau-bauan kimia.

      Jadi sekarang pilihan di tangan anda, samada membayar RM100-150 sebulan atau RM200 untuk tiga bulan. Tidak ada paksaan dalam membuat keputusan.
      Jom bertukar pilihan anda!
      Jadikan kediaman anda yang sungguh bersih, antibacteria, sihat dan suci !

      JOM KITA TENGOK APA PRODUCT YANG TERDAPAT DALAM SET GET CLEAN CONCENTRATE !



      1) FRESH LAUNDRY CONCENTRATE SHAKLEE

      Antaranya perkara-perkara yang buat saya teruja dengan produk ni:

       Bila buka je plastik sabun, bau yang menusuk lembut dan tak buat saya sakit tekak
      ✔ Saya hanya perlu guna 1tbsp untuk muatan 8kg cucian biasa
      ✔ Kain yang dicuci semakin kelihatan baru saban hari (not like some where warna makin pudar dan kain cepat mereput)
      ✔ Bila cuci baju kerja husband, I tak perlu spray prewash spray. (*kekadang spray pun tak hilang daki)
      ✔ Dah tak risau kulit alergi bila pakai kain yang dicuci dengan Fresh 
      Laundry Concentrate Shaklee





      Tahukah Anda?

      Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.
      Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


      2) BASIC H CONCENTRATE SHAKLEE

      Ciri-ciri utama Basic H2o:
      • Kepekatan yang tinggi - 16 auns (473ml) dan boleh dibancuh sehingga kepada 48 gelen (182 liter) larutan pembersih berkuasa apabila dilarut dengan air
      • Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari mana-mana permukaan dan boleh ditanggalkan. Bancuh mengikut arahan
      • Tidak perlu dibilas, tiada kesan comot, dan tiada kesan calar.
      • Tanpa Toksik
      • Asli
      • Surfaktan biodegradasi


      Apakah kegunaan Basic-H yang istimewa ini


      1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
      Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

      2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
      Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

      3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
      Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

      4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
      Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

      5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari 
      Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus

      6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak 
      Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

      7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
      Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

      8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju
      Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

      9. Mengasah pisau
      Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

      10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju
      Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

      11. Menghapuskan kutu di atas kepala
      Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

      12. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
      Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

      13. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat 
      Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

      14. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
      Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

      15. Sakit gigi
      Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

      16. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
      Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

      17. Ulser dan mulut berbau
      Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

      18. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
      Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

      19. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan
      Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.





      sekarang ni ada mcm2 pencuci serbaguna tapi Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda

      * Basic-H adalah double concentrated, jadi kena dilute atau larutkan dalam air terlebih dahulu. Satu botol 475ml tapi boleh tahan lama sebab guna sikit2 saja.

      Panduan cara bancuhan:

      Pembersihan biasa 

      • 16oz botol kecil ini mampu menghasilkan sehingga 48 gelen bancuhan yang selamat namun benar-benar berkuasa
      • Untuk pembersihan serba guna, tambah 1/4 sudu besar ke dalam 16oz air -bancuh dalam Spray bottle
      • Mencuci tingkap dan cermin - 2 titisan mix with 16oz water in Spray Bottle
      • Lantai - 1 sudu besar  mix with 1 gelen air

      Menanggalkan gris 

      •  microwave oven dan dapur - 1 setengah sudu besar mix with 16oz air ( in Spray Bottle)
      • gris enjin, tapak periuk atau kuali - 2 oz Basic H with 1 gelen air




          Lain -lain kegunaan:
          • Anti kutu
          • Melegakan ekzema
          • Melegakan gigitan serangga
          • Pencuci sayuran dan buah-buahan. Menghilangkan racun rumpai, kekotoran dan lilin makanan
          • Baja tumbuhan - Add a few drops to warm water, then water your indoor or outdoor plants. The Basic Hsolution will make the ground soluble to the water, thus making your plants much healthier than with regular water.
          • Racun rumpai - Dilute your Basic Hto a couple of drops per spray-bottle, then spritz your plants as part of your regular routine. Not only will the bugs stay away but you might also find that they are bigger and healthier, as well.

          3) HAND DISHWASH CONCENTRATE SHAKLEE

          Get Clean Dish Wash ternyata:
          • Lembut pada tangan
          • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
          • Tahan lama kerana kepekatannya..mmg betul
          • Menjadikan pinggan bersih berkilau
          • Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki


          Tahukah Anda?

          Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.






          Perbezaan Shaklee

          Selamat
          • Tidak bertoksik
          • Hipoalergenik
          • Tanpa klorin
          • Lembut pada tangan
          • pH seimbang
          • Tanpa bahan kimia berbahaya
          Berkesan
          • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
          • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
          • Buih Sabun yang lebih tahan lama
          Mesra alam
          • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
          • Biorosot
          • Tanpa fosfat
          • Bungkusan boleh dikitar semula
          • Tanpa bahan pewarna
          • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
          © Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno