Masalah berat badan berlebihan memang antara soalan hot
dari customer2 saya.Tapi sy ni bukan lah pakar london weight management.. saya sendiri dlm usaha nak tambah berat badan.
haha.Bab tak cukup berat cerita lain topik.. ni nak kongsi satu fakta...berdasarkan kajian,,, 2 daripada 5 org dewasa di Malaysia
adalah obes.. cuak tak.. Obes ni merbahaya sebab ia memgundang
banyak penyakit2 lain.. tu yg bahaya....
![]() |
Okey .. saya bukan nak pot pet tentang obes.. tapi saya nak
share tips2 untuk tngkatkan metabolisma..Apa kaitan metabolisma
dgn obes? Haa tu yg ramai tak tahu.Metabolisme adalah jumlah
tenaga atau kalori dibakar untuk mengekalkan fungsi tubuh yang asas.Metabolisme memang berhubungan dengan berat badan,
namun bukan penyebab pertambahan berat badan. Antara faktor mempengaruhi kadar penurunan atau peningkatan metabolisme
adalah komposisi badan kerana individu yang mempunyai otot
berlebihan dapat membakar kalori lebih walaupun dua individu
memiliki berat badan sama. Berikut saya kongsikan artikel dari
Berita Harian cara2 untuk tingkatkan metabolisme rakyat Malaysia terancam..2 daripada 5 rakyat adalah obes.. oh NO.
Bersenam
Apabila bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda akan meningkatkan kadar metabolisme dalam tempoh 24 jam berikutnya. Contohnya berjalan lebih jauh ketika membeli-belah, menggunakan
tangga daripada menggunakan lif dan melakukan lebih banyak
aktiviti di sekitar rumah termasuk bercucuk tanam, menyapu,
menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Membina otot
Lebih banyak otot, lagi tinggi kalori terbakar. Cuba gabungkan
senaman aerobic atau latihan berat badan.
Vitamin tambahan
Vitamin C juga penting kerana ia adalah rakan baik dengan kalsium
dalam peningkatan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme, manakala vitamin C membantu tubuh dalam
penyerapan mineral.
Makanan tidak terlalu berat secara berulangan
Pastikan tubuh mendapat 800 kalori setiap hari untuk
mengekalkan kecerdasan. Makan empat hingga enam kali
makanan seimbang atau diet setiap dua hingga tiga jam bermula
dengan sarapan. Bermula dari sini, anda boleh meningkatkan
metabolisme, menstabilkan kadar gula dalam darah,
membekalkan sumber tenaga dan membantu mengelak makan
terlalu banyak tanpa dikawal.
Mengamalkan diet sihat
Pastikan anda mendapatkan protein optimum untuk mengekalkan
otot baik. Ambil makanan mengandungi kadar serat tinggi dan
makanan pembakar lemak untuk meningkatkan kadar metabolisme.
Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.Tidak mendapat
air mencukupi, melambatkan semua sistem badan termasuk kadar metabolisme.
Tidur cukup
Tidur sekurang-kurang tujuh atau lapan jam setiap malam penting
untuk mengekalkan metabolisme sihat. Kekurangan tidur boleh
mengganggu tubuh untuk membakar kalori. Jumlah tidur
berlebihan juga tidak memberikan kesan sama. Cuba kekalkan
rutin konsisten dan bangun waktu lebih kurang sama setiap hari.
Hindari tekanan
Kortisol adalah hormon yang memberitahu tubuh untuk
menyimpan
lemak sebagai persediaan sekiranya dalam situasa
tekanan tinggi
tatkala anda mengalami gangguan emosi.
Kesan matahari
Sinar matahari baik untuk kesihatan dan metabolism anda.
Kajian menunjukkan menghabiskan masa lama dalam
persekitaran tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi
sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat
badan. Dapatkan sedikit sinar matahari untuk menaikkan
kadar degupan jantung dan menghirup udara segar.
Makanan pedas
Ia mampu membakar kalori sejurus 30 minit selepas makan.
Kesegaran teh hijau
Gantikan kopi atau teh tarik dengan pengambilan teh hijau
kerana teh itu diperkaya dengan polifenol bertindak
meningkatkan kadar metabolisme
__________________
|
No comments:
Post a Comment