penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietry.
Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi
sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh
kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat
pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan
dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.
* Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan
penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan
timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa
yang lebih lama untuk pulih.
* Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di
dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa,
makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet
tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan
ubat-ubatan. Supplemen dietry membantu mempertingkatkan
sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan
organ-organ kita.
* Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening,
kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar),
cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat,
berpeluh dll. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan
akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
* Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak
air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan
buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom
pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
No comments:
Post a Comment