Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun
ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu
penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan
peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk
memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung
ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan
kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang
bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya
dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda
Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam
soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia
18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau
terlebih berat badan (obesiti). ”
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup
untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan
vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media
massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan
yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan
seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan
untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan
fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan
begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang
menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding
manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia
itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit
atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia
dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan
seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat
sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah
manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang
kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan
pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu
gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai
aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan
badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang
itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih
efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek
pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek
mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua
kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu
tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan
positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit
kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin
sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering
disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas
daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan
makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu
mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser,
serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi,
lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh
manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri
daripada penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu
mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan
esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan
risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko
kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun
diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi
ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan
peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan
pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
(USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap
serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak
mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan
merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam
darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga
10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil
produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus
mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran
hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti
sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan
bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi
bayi daripada mengalami spina bifida.
No comments:
Post a Comment