Thursday, 28 August 2014

Pantang Larang Vitamin


Tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin? Mari kita check 
senarai semak dan pantang larang ini!
Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan 
secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan 
supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar 
mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa 
manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang 
bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta
 menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan 
vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. 

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah
 kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak
 tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan 
pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah 
tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah 
pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat 
secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah 
bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya 
selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada 
waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, 
pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? 
Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan
vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang 
diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara 
berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak 
boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu 
penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA 
Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu 
penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan 
supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali 
dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal 
kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, 
imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim 
si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran 
pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja 
mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam
cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang 
utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air 
tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan 
anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH…..apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli 
vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno