SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau
ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu
sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini
terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini
hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu
dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat
yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan
ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh
makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia
kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana
nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan
mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian
tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk
rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear.
Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah
haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab
menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang?
Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim
yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.
Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng.
Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu
mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim
ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya
adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar
suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
click "SHARE" jika anda sayangkan ibu anda



No comments:
Post a Comment