
1. Minum banyak air. Minum....minum dan minum!
Bukan aircoke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi
air suam atau airmineral. Dengan minum banyak air bersih
dapat membantumembuang toksin dalam badan, menjaga
kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam
badan. Senang bukan?.
2. Bersenam baik untuk kesihatan.. elok untuk rohani.
Berjalan disekitar rumah pun satu bentuk senaman yang
mudah. Jangan malas untuk bersenam... lepas bangkit tidur
cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan
kembali peredaran darah.
3. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan
badan??Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah
berpenyakit, jadi kuruslah! Jika orang memilih antara sihat
dan berpenyakit.. pastiorg lebih nak sihat, kan???
4. Tidur yang cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam...
tak elok tu.Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur? Tak
cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan
mata lebam.
5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari
memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan
biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur.
Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu
ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.
6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab
nak kurus,anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan
ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan
memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi
jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan
bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat
facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau
nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun..
anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri
di rumah. Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang
wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan
mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan.
Nikmatilahmuzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik,
pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri
kita, tentu penampilan kita pun cantik!
10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau
senda dengan famili atau kawan2. Jangan memonyokkan
diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan
kedutan di muka.
No comments:
Post a Comment