Bagi mendapatkan wajah yang anjal, parutkansebatang lobak merah. Kemudian
 gaulkannya dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sapukan 
pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering 
dan setelah itu bilas bersih dengan air suam. Jadikan ia sebagai amalan.



6.) Petua Untuk Menghilangkan Kedut, 

Menegangkan Wajah





1) Ambil sebiji timun dan hancurkannya denagn tepung ubi dengan yang
secukupnya sehingga sebati (jangan terlau cair). Selepas itu bolehlah disapu 
di muka dan biarkan ia kering. Basuhlah seperti biasa selepas itu dengan air
 bersih. Ini akan menegangkan kulit muka dan menjadikannya segar sentiasa. 
InsyaAllah.

2) Titikkan beberapa air limau nipis ke dalam bedak sejuk dan bancuhkan 
dengan sedikit air. Muka anda berasa pedih sedikit ketika meletakkannya. 
Cuba amalkan petua ini dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.