Saturday, 20 September 2014

8 makanan sunnah yg boleh kurankan simptom gastrik

Ramai tak tahu yang ada beberapa jenis makanan yang boleh kurangkan simptom gastrik tanpa makan ubat. Jom semak 8 makanan yang boleh ubati gastrik.






Makanan #1 : Halia
Halia memang sangat sesuai hilangkan gastrik. Ia boleh bantu masalah tak lawas juga. Jika nak elak rasa sebu dan angin, kunyah sedikit halia segarselepas makan.

Anda juga boleh minum campuran secubit serbuk halia ditambah garam batu. Anda boleh tambah hirisan halia dalam makanan. Salah satu cara paling baik untuk kawal gas dalam badan adalah dengan minum teh halia.

Cara buat teh halia - tambah 1 sudu kecil halia yang telah dikisar dalam air dan didihkan untuk beberapa minit. Minum 2- 3 kali sehari untuk buang angin dalam badan.







Makanan #2 : Soda penaik (Baking soda)
Soda penaik boleh legakan perut dari angin dengan cepat. Minum satu gelas air suam yang telah dicampur 1/4 sudu kecil soda penaik. Campuran air ini adalah petua lama untuk angin dalam perut.

Tambah secubit soda penaik ke dalam jus lemon segar. Ia bertindak sebagai antacid dan kelegaan cepat dari angin.







Makanan #3 : Cuka Epal

Cuka Epal adalah petua semulajadi yang berkesan untuk beberapa masalah kesihatan. Ia memberi kelegaan segera untuk angin dalam perut dan membantu mengatasi masalah pencernaan.

Ambil segelas air suam dan tambahkan 2 sudu cuka epal dan biarkan dalam suhu bilik. Minum campuran ini untuk dapatkan kelegaan dari masalah gastrik.






Makanan #4 : Kulit Kayu Manis

Herba ini juga salah satu petua hilangkan gastrik. Didihkan kulit kayu manis dengan sedikit air dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum minum. Ia akan bantu elak perut masuk angin.

Anda juga boleh campurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam segelas susu suam atau tambahkan sedikit dalam campuran serbuk kayu manis sebelum minum.

Teh Kulit kayu manis boleh legakan perut berangin. Hanya tambah sedikit serbuk kayu manis ke dalam air panas dan biarkan sejuk sebelum minum.






Makanan #5: Jintan Manis

Jintan manis sesuai untuk pelbagai masalah kesihatan seperti masalah pencernaan, perut berangin dan senggugut. Ia boleh bantu masalah pencernaan kalau biasakan untuk diminum. 

Tambah satu sudu teh jintan manis dalam air mendidih untuk dijadikan teh. Biarkan ia terendam dalam air seketika. Tapis jintan manis dan minum air itu sebelum makan. Minum 3-4 kali sehari untuk kesan lebih baik. 

Kunyah sedikit jintan yang telah dibakar/disangati setelah dicampur sedikit garam batu juga boleh hilangkan angin dalam badan.





Makanan #6 : Bawang Putih

Bawang putih boleh legakan perut dari angin dan gastrik. Baunya dan rasa 'hangat' bawang putih boleh bantu pencernaan makanan lebih baik dan lega dari angin. 

Jika anda rasa perut berangin, cuba buat sup bawang putih. Guna bawang putih segar untuk kesan lebih baik. Ambil 2-3 ulas bawang putih dan bakar atas api secara terus. Tak perlu kupas. Boleh terus di makan. 

Untuk jadikan sup, tumbuk sedikit bawang putih dan campur sedikit air, lada hitam dan jintan putih. Didihkan seketika. Tapis semua bahan dan biarkan sejuk. Minum sup bawang putih ini 2-3 kali sehari untuk kesan lebih baik. 






Makanan #7 : Peppermint

Masalah angin boleh dirawat dengan peppermint,Teh Peppermint adalah salah satu cara untuk legakan angin dalam perut. Untuk buat teh peppermint, letakkan daun peppermint segar dalam air dan didihkan. Tapis airnya dan tambah madu sebagai perisa. 

Minum teh herba ini 2-3 kali sehai. Mengunyah daun peppermint segar juga boleh bantu buang angin. 





Makanan #8: Biji Pelaga

Biji ini selalu kita tambah dalam masakan, tetapi ia juga herba yang boleh bantu legakan angin dan gastrik dalam perut. 

Ambil secubit serbuk biji pelaga dan tambah ke dalam lauk atau nasi. Kunyah sebiji biji pelaga juga boleh atasi masalah angin. Seperti juga teh herba yang lain, biji pelaga boleh dibuat teh dengan mendidihkan air panas beserta beberapa biji biji pelaga ini.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno