Assalamualaikum w.b.t
Yeay, hari ni kita cerita tentang cantik lagi ya. Biasalah, sebagai seorang
perempuan kita mesti nak kan kulit yang cantik, halus mulus, licin, gebu,
cerah dan yang paling penting adalah bersih. Bukan untuk menunjuk2
pada orang lain terutamanya kaum Adam, tetapi lebih kepada kepuasan
sendiri sebenarnya. Betul tak kaum Hawa sekalian alam?

Kebetulan nak check yahoo email tadi, ternampak artikel ni. Bila baca rasa
macam sangat berinformasi untuk rakan2 yang gemarkan kecantikan secara
semulajadi. Rahsianya tak lain tak bukan dengan amalkan pemakanan yang
sihat.Dan di sini saya kongsikan 10 makanan yang dapat membantu anda2
semua membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, lebih muda dan bertenaga:

① Avokado
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta
isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit
yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit.
Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi
buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub.
② Beri
Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah
membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen
untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan
yang tinggi,ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak
kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa.
③ Keju kotej (Cottage cheese)
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu
melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit
sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser
apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat.
④ Almond (kacang)
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane
dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air
dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat.
Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk
kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.
⑤ Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh.
Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan
kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.
⑥ Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin
juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang
anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang
tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.
⑦ Biji flaks
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid
omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda.
Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit,
mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah
jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang
berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat.
⑧ Yogurt
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal.
Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat.
Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt
dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.
⑨ Lada
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan
anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan
pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan.
⑩ Mangga
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit.
Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya
sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut
pada usia yang muda.Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan
sewaktu diet.

Sumber artikel ini adalah daripada En Yahoo, ya. Daripada artikel ni dapat
disimpulkan yang vitamin A,C dan E memainkan peranan yang sangat penting
dalam penjagaan dan kesihatan kulit. Peranan ketiga-tiga vitamin ni sebagai
antioksidan dapat melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel
badan kita dan seterusnya boleh menyebabkan kita nampak tua sebelum usia.
Isyh.. tak nak lah macam tu. Kalau boleh, I nak awet muda sentiasa you.. Okay,
sekian.
No comments:
Post a Comment