Melihat wajah dipenuhi bintik-bintik merah setiap kali menatap
cermin umpama `mimpi ngeri' bagi kebanyakan remaja terutama
perempuan kerana pada usia itu, individu sering mendambakan
perhatian dan pujian atas kecantikan diri.
Jerawat bukan sahaja dilihat satu masalah yang menyebabkan
rupa sebenar individu seolah-olah `terlindung', tetapi memberi
kesan besar kepada emosi sehingga mampu mengurangkan
hubungan sosial dan keyakinan diri.
Kajian menunjukkan, masalah jerawat `menyerang' hampir 80
peratus masyarakat di negara ini terutama golongan remaja sekitar
peringkat umur awal persekolahan menengah hingga awal 20-an.
Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormon remaja yang
berlaku sejak usia kanak-kanak hingga dewasa.
Bagaimanapun, jerawat yang teruk mungkin disebabkan faktor
penyumbang tambahan seperti jangkitan kuman melalui penyakit,
alahan, ketidakseimbangan melampau hormon dan kesilapan
aspek penjagaan kulit.
Rawatan perlu dilakukan sekiranya masalah jerawat berlaku pada
tahap serius, Ini bagi mengelakkan parut berkekalan.
Dalam usaha mengelakkan masalah ini menjadi isu serius
menyebabkan penghidap berfikiran dan bertindak negatif, mereka
perlu memahami faktor kewujudan dan kaedah mengatasinya
mengikut kulit wajah masing-masing.
Tip atasi masalah jerawat
1 Cuci Kulit Wajah
Lakukan pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali
sehari melalui urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan
pencuci khas bertekstur lembut (beli mengikut jenis kulit wajah
sama ada normal, kering, berminyak atau sensitif).
2 Jangan Memicit Jerawat
Anda dilarang memicit jerawat. Sekiranya berlaku, perkara ini
boleh memburukkan keadaan kulit dan berisiko meninggalkan
parut kekal. Berjumpalah pakar kulit bertauliah atau pakar
dermatologi sama ada di hospital atau klinik untuk mendapatkan
khidmat nasihat mengatasinya.
3 Gunakan Krim Pelembap
Pancaran sinaran Ultra Lembayung (UV) yang terkena pada kulit
wajah walaupun sedikit akan merosakkan struktur protein dan
DNA, justeru bagi mengatasi keadaan ini, sapukan pelembap kulit
wajah yang mempunyai pelindung sinaran UV setiap kali keluar
rumah pada waktu siang.
4 Elak Tukar Produk Penjagaan Wajah Secara Kerap
Janganlah selalu menukar produk pembersihan dan kecantikan
wajah. Ini akan menyebabkan keradangan atau alahan pada kulit,
sebaliknya gunakan sesuatu produk sehingga nampak kesan nyata
dan jika kurang sesuai, baru ditukar.
5 Pakai Bedak Muka Berasaskan Mineral
Elak menggunakan bedak padat kerana span yang digunakan
berkali-kali dan lembap di dalam bekas akan menggalakkan
pembiakan bakteria, lebih baik gunakan bedak berasaskan mineral
seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing kerana anti-
inflammatori, tidak menutupi pori dan teksturnya kering.
6 Amalkan Pemakanan Sesuai
Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu
mengurangkan pemakanan berminyak dan pedas.
7 Minum Air Kosong
Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap
hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan
keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.
No comments:
Post a Comment