“Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam,
amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lebihkan
buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan
minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
“Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat,
makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk
kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup
dan pemakanan perlu diubah.
“Elakkan stres, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan
jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat
mengurangkan masalah sakit jantung.
“Ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya
dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap
kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.
“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu
anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman
secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan
kulit kelihatan lebih tegang dan muda,”
Untuk memiliki kulit cantik, amalkan makan buah- buahan. Anda
juga boleh membuat sendiri jus buah, tetapi elakkan menambah gula.
Perkara ini juga perlu dilakukan jika memesan jus buah ketika makan
luar.
Rawatan muka di salun boleh membuatkan kita berasa lebih
selesa, malah orang yang sentiasa gembira nampak lebih muda
kerana kegembiraan yang terpancar di wajah antara rahsia awet
muda. Ini berlainan dengan orang yang selalu stres yang kelihatan
cepat tua.
“Semua orang berdepan stres, cuma kita perlu tahu bagaimana
mahu menguruskannya supaya tidak mengganggu kehidupan dan
kesihatan,”
No comments:
Post a Comment