Alhamdulillah, hari ni saya bersyukur kerana Allah mengizinkan saya mengupdate blog ini. Kebetulan bulan ini promosi adalah Vivix, jadi saya teruja sangat berkongsi pengalaman anak yang gembira kesihatan ibu bapa yang mengalami penyakit strok beransur pulih..Sebelum itu mari kita kenali apa itu Stok dan Angin Ahmar.
Strok atau Angin Ahmar
- Strok atau Angin Ahmar ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah yang tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu,sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Strok atau Angin Ahmar ialah kecederaan yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
- Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu,walaupun gangguan ini boleh terjadi pada sisi vena.Strok atau Angin Ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.
- Strok atau Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Strok atau Angin Ahmar dan kematian akibat Strok atau Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok atau Angin Ahmar yang dirawat.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap Strok atau Angin Ahmar seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
- Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok atau Angin Ahmar?
- Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok atau Angin Ahmar lebih tinggi.
- Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
- Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap Strok atau Angin Ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
- Faktor risiko untuk anda mendapat Strok atau Angin Ahmar adalah:
- Tekanan Darah Tinggi
- Kencing manis
- Paras kolesterol tinggi
- Merokok
- Berat badan yang berlebihan
- Cara hidup tidak aktif
- Tekanan/stress
- Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
- Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan.
Apakah gejala Strok atau Angin Ahmar?
Gejala Strok atau Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:- Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
- Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
- Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
- Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
- Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
- Sukar menelan
VIVIX DAN OMEGA GUARD UNTUK PESAKIT STROK/ANGIN AHMAR - Info Vivix dan Omega Guard: Baca VIVIX dan OMEGA GUARDCredit to:Ummu Ainan
Testimoni 1Assalamualaikum selamat petang..Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..
Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..
Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..
Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.
Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin
Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..
Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..
Testimoni 2
''Last Friday saya poskan trial 30's Omega Guard pada customer,sebab ayah dia kena strok.Badan sebelah tak boleh gerak.Disebabkan beli trial,mak dia nak jimat,beri Omega sebiji 1 hari pada ayahnya.
Pagi tadi cust nie call, nak beli sebotol terus.Alhamdulillah,rupanya tangan ayah dia boleh gerak, dan ada improvement berbanding last week.Sebab terharu dengar mak dia bagi jimat (sebiji sehari),tue yang dia belikan sebotol. So that ayah dia boleh consume 3 kapsul Omega sehari.
Pada sesiapa yang ada ahli keluarganya mengalami strok boleh mencuba Vivix dan Omega Guard. Kalau ada bajet lebih belilah Vivix. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya.Hubungi saya untuk harga istimewa dan dapatkan konsultasi percuma...
No comments:
Post a Comment