Sunday, 15 June 2014

Tips Penjagaan Luka Selepas Bersalin


Penjagaan luka selepas bersalin tidak boleh dipandang remeh. Kesakitan akibat luka selepas bersalin yang lambat sembuh boleh mengganggu kegembiraan anda menyambut kehadiran bayi anda. Luka yang tidak dijaga dengan betul akan terdedah kepada risiko jangkitan dan menyebabkan luka tersebut lambat sembuh serta ibu akan mengalami kesakitan yang lebih lama. Selain daripada itu, ibu juga mungkin akan demam kerana sistem imun tubuh juga turut lemah.
penjagaan luka bersalin
Saya kongsikan sedikit info tentang cara penjagaan luka selepas bersalin..
Tips Penjagaan Luka Selepas  Bersalin:
1.  Amalkan merendam vagina anda dengan air garam yang suam setiap hari. Teknik ini juga dikenali sebagai ‘Sitz Bath‘.
2.  Cuci vagina anda dengan bersih walaupun anda hanya membuang air besar.  Pastikan luka tersebut sentiasa kering.
3.  Tukar tuala wanita anda dengan kerap kerana kuman mudah berjangkit melalui darah nifas.
4.  Pastikan anda tidak mengalami sembelit kerana anda akan terpaksa meneran apabila sembelit. Ini akan memberikan tekanankepada jahitan luka selepas bersalin anda.Lebihkan serat dalam makanan anda. Untuk kesan yang lebih baik tambahkan vitaminOstematrix Shaklee kerana kalsium dapat membantu melembutkan najis.
5.  Kurangkan turun naik tangga dan pergerakan selagi jahitan belum sembuh sepenuhnya kerana ia akan menganggu proses penyembuhan luka selepas bersalin tersebut.
6.  Gunakan cecair pembersih wanita yang khusus setiap kali mencuci  vagina anda.
7.  Elakkan daripada memakan makanan-makanan yang boleh mengakibatkan rasa gatal supaya anda tidak tergaru-garu luka tersebut.
8. Sapu krim antibiotik dibahagian luka bersalin tersebut untuk mengelakkan jangkitan kuman.
9.  Tambahan suplement dalam diet harian anda. Supplement dapat membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Antara supplemen yang dicadangkan untuk ibu selepas bersalin ialah Vitalea(multivitamin),Vitamin C, B Complex dan Zinc Complex.
Untuk ibu menyusu yang ingin banyakkan susu ibu boleh add on:
  1. Alfalfa
  2. Energizing Soy Protein(ESP)
 Jom baca apa kata pakar tentang penjagaan luka bersalin:
 Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang :
“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan,”
Sumber: Pa& Ma
Sekarang ni dah semakin ramai ibu-ibu yang sedar akan risiko pengambilan jamu dan beralih kepada supplement semulajadiShaklee untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Ramai yang dah rasakan kebaikannya dan sukakan Set Bersalin Shaklee kerana ia membantu ibu kembali sihat dan bertenaga serta tidak memudaratkan ibu dan bayi..:)
Jemput baca salah seorang pengguna shaklee yang sangat berpuas hati dengan khasiat Set Bersalin Shaklee:
testimoni set bersalin shaklee

Bonus: Setiap pembelian Set Bersalin Shaklee di MUMMY LYANA BUTRISIS SEMULAJADI anda layak mendapat:
  1. Jadual pengambilan vitamin
  2. Khidmat konsultasi berterusan

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno