Tuesday, 24 June 2014

7 Rahsia Vitamin E.. Kenapa wanita perlukannya??



1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragatMembantu wajah nampak 
lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal 
sel terutama kanser.Pengalaman ibu sendiri bila mengalami 
bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun 
ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat 
bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat 
kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak 
ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 
hari. Alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini 
kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel 
dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat 
mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu 
yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui 
disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. 
Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin 
membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah jadi lebih lancar
Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang 
sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat 
membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. 
Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya 
melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu 
si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan 
erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. 
Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. 
Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after 
kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu
 kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, 
vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat 
pre-menstrual.

(credit to MamaFaiz.com)



Best kan Vitamin E ni.. Fai dah cuba dan kesannye memang ketara. 
Anda bagaimana??



No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno