Sunday, 15 June 2014

Petua Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat

Peritnya luka bersalin

Luka bersalin memang sangat menyakitkan. tidak kira samada anda bersalin normal atau pun pembedahan. Walaupun selalunya luka bersalin normal akan cepat sembuh tapi kalau tidak dijaga dengan betul ianya mungkin akan bertambah teruk.
Pengalaman saya melahirkan kedua-dua anak melalui kaedah pembedahan(anak sulung) dan normal(anak kedua) memang ada pro dan kontranya. Persamaannya ialah kedua-dua kaedah bersalin tersebut memang memerlukan jahitan. Minggu-mingu pertama memang terasa agak perit dan tak sabar untuk cepat sembuh..:)
Kebetulan saya ni memang allergic dengan jamu@herba. Kalau saya makan memang habis ruam dan jerawat penuh satu badan. So, bila bersalin anak kedua memang saya tak beli dah apa jamu pun..Saya cuma amalkan ubat-ubatan yang doktor berikan berserta amalan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun oleh mak saya untuk penyembuhan luka luaran dan dalaman..:)
Petuanya ialah:
1. Rebus segenggam daun sirih sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Selain itu, ikan haruan juga boleh diperap dengan rempah dan digoreng atau dibakar.
3. Rebus beberapa biji manjakani bersama asam keping dengan air yang banyak hingga mendidih. Gunakan airnya untuk mencuci bahagian sulit. Manakala biji manjakaninya pula dibelah kecil2 dan digentel bulat2 untuk penyembuhan luka dalaman..pastikan bentuk bulatnya licin supaya tekak anda tidak luka semasa menelan ye..:)
4. Kisar kunyit, halia dan sirih bersama gula batu dan sedikit asam jawa. Tapis dan minum airnya setiap hari. Minuman ini sangat bagus untuk merawat luka dan membuang angin di dalam badan. Sekiranya bayi anda menghidap jaundis, tangguhkan dulu buat seketika.
5. Minum air pati ibu gamat kerana gamat juga sangat bagus dalam penyembuhan luka.
Selamat mencuba..semoga nada mendapat manfaat daripada perkongsian ini..:)
Hubungi saya sekiranya anda inginkan set berpantang Shaklee yang sangat hebat dan pasti selamat untuk anda dan bayi!
sms/whatsapp ke 014-2999941 ( MUMMY LYANA ) untuk konsultasi percuma!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno