Bengkak susu??? memang menyakitkan apabila kita pernah mengalaminya...Itu menandakan yang payudara kita menghasilkan susu untuk bayi.Bengkak susu boleh menyebabkan demam.Kemudian diselang-seli dengan sakit yang berdenyut-denyut,payudara menjadi tegang dan keras.Nak angkat tangan pun tak sanggup.Memang menyakitkan.Menahan sakitnya sehingga 2 , 3 hari.

Bengkak susu terjadi apabila susu badan terhasil dengan banyak sehingga menghalang sistem limfa dan saluran darah.Bengkak susu ini sering terjadi kepada ibu-ibu yang lepas bersalin atau masih dalam pantang.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN BENGKAK SUSU INI??
Saya akan kongsikan beberapa petua untuk mengurangkan masalah yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin ini.Antaranya ialah :
- Susukan bayi dengan kerap iaitu 2 hingga 3 jam sekali.Jika bayi tidak mahu menyusu,perah atau pam dan simpan di dalam botol susu.
- Urut payudara yang bengkak itu perlahan-lahan dengan minyak zaitun tetapi jangan terkena puting.
- Isikan air panas ke dalam botol,balut dengan tuala dan tuam di sekeliling payudara yang bengkak itu.
- Bungkus ais ketul dan urut di sekeliling payudara.
- Sikat di sekeliling payudara yang bengkak itu dengan menggunakan sikat rambut yang halus.
- Layurkan daun sireh di atas api yang kecil dan tekap pada payudara.
- Tekapkan daun kobis di payudara kerana ia boleh mengeringkan susu tetapi buat hanya sekali sahaja.
- Minum teh Sage,dicampurkan dengan madu atau susu.Boleh dibeli di kedai-kedai herba.
Kesimpulannya,keraplah menyusukan bayi untuk mengelakkan pembengkakkan susu berlaku....
Semoga bermanfaat buat kita semua...
No comments:
Post a Comment