Friday, 3 October 2014

KENCING KOTOR @ KENCING KURANG LAWAS

*INFO
**Kencing Kotor @ kencing Kurang Lawas/Sakit
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.* Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
* Kekurangan air dalam badan
* Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
* Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
* Pesakit kencing manis (diabetes)
* Mengandung
* Pengambilan sesetengah ubatan
* Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
* Batu karang dalam saluran kencing
* Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
* Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat
.* Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
* Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
* Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman
,* Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,* Air kencing nampak kotor,
* Kadang-kadang air kencing berdarah
,* Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
* Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
* Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Pencegahan
* Minum air dengan secukupnya
* Elak menahan kencing
* Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi
.* Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno