Sunday, 6 July 2014

BEZA ASID FOLIK & B COMPLEX SHAKLEE


b-complex dan folik asid
















Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai 
di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan 
terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan 
pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat 
anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak 
(anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah 
menunjukkan bahwa,kecacatanini boleh dikurangkan sehingga 70%
 jika para ibu mengambil asid folik yang 
secukupnya.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak 
mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina 
bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan 
lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  •     Keluarga yang pernah mengalami NTD
  •     Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  •     Mengambil ubat sawan
  •     Kencing manis
  •  Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk
          mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa 
          hamil untuk  mengurangkan risiko tersebut.

Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari 
bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B 
mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, 
pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan 
mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan 
menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.

1) Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam 
pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan 
mengurangkan keletihan.
2)   vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3) vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah 
yang diperlukan untuk pembahagian sel. 

Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan 
vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik 
kerajaan. Namun,tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak 
merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin

Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan 
hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, 
B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin 
B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - 
Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - 
Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex 
ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. 
Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu 
ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai 
penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari 
terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak 
dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin 
ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah 
ibu selepas bersalin.





Untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya 
personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif 
dari saya ;)



Fb: sazliyana azmi
Blog : mummylyana-nutrisissemulajadi.blogspot.com
Fanpage: mummy qaleesha shoppe
Email: sazliyanaazmi@yahoo.com
Gmail : liyana9941@gmail.com
No. Hp: 014-2999941
Shaklee Independent Distributor No 928181
Kawasan COD: Kuala Terengganu & Kuala Lipis,Pahang 


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno