Friday, 4 July 2014

13 tips berpuasa untuk ibu menyusu

jom kita tengok 13 TIPS BERPUASA UNTUK IBU YG MENYUSUKAN BAYI 
(macam saya).. (^_^)

Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita untuk terus berpuasa penuh sebulan.
(jika tak datang bulan la..hehe)

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum

 bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
























2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. 
Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh
 menarik keluar air daripada sel.

3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain 
menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. 
malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai
 nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

























4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein,
 glukos dan cecair.

6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada 
badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan 
sebagainya.


















7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. 
Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)

























9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, 
daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada 
susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil
 lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin 
banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak 
susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samadakurang menyusu terus bayi atau memerah susu.


13) Jika anda rasa anda 
menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiatuntuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin 

dan mineral dalam diet anda.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to MummyLyana l Designed by DayangDeno